Jalan Gambier 1 - prolog
Tengahari tadi saya makan tengahari di Liza Coffee Shop, Jalan Haji Taha. Tempatnya bolehlah nak kata jauh dari tempat saya kerja iaitu di Jalan Petanak. Kalau nak dibanding KL, mungkin anda bandingkan dengan Bangsar Utama (dekat LRT Bangsar) lepas tu makan tengahari di kawasan Jalan Ipoh atau Hilton PJ atau Bukit Bintang.
Ketika balik, saya tersalah jalan kerana rupanya jalan masuk ke Lebuh Market melalui Balai Polis Sentral ditutup. Tak tahu pula kenapa, namun saya terpaksa mengambil jalan pusing melalui Wisma Saujana. Saya mendapat ilham lalu masuk ke celah lorong yang menghala ke REX lama tembus ke Lebuh Market tanpa melalui Masjid Bahagian. Selepas itu saya sampai ke kawasan berhadapan dengan India Street yang juga ditutup atas sebab pembangunan kawasan Tebingan Sungai Sarawak. Sebagai warga Kuching, saya teruja dan ingin tahu bila agaknya ia akan siap dan bagaimana pula wajah bandaraya ini nanti. Siapa pula yang berjaya mengaut keuntungan hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang berbilion-bilion ringgit itu?
Apabila tiba di Jalan Gambier, saya berdebar-debar kerana teringat tentang kebakaran yang berlaku minggu lepas. Saya ingin bercerita lebih lanjut tetapi saya sendiri tidak berada di sana tengahari tadi. Saya cuma berlalu denga perlahan diatas motorsikal sambil cuba mengecam kedai mana yang terkena musibah itu.
Serentak hati saya berkata, "Mak. Kedai borong tempat membeli bekalan kedai runcit kita dulu dah hangus."
Sayu mengenangkan hal itu.
p/s: beberapa gambar boleh didapati di Facebook dan laman web lain.
|