esasterawan.net

 

amohdfahmi

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Aidil Farmi bin Mohamad

Email
aidil_farmi@yahoo.com

Laman web lain
http://amohdfahmi.blogspot.com/

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Rabu, 16 Disember 2009
Sejarah Sarawak - bahagian 1

Sejak kembali ke bumi kelahiran beberapa bulan yang lalu, saya semakin tertarik dengan sejarah Sarawak yang misteri dan berwarna-warni. Hal ini demikian kerana tidak banyak dokumen yang mencatatkan tentang sejarah Sarawak terutamanya bangsa Melayu Sarawak.

Kita sudah biasa dihidangkan dengan tarian ngajat, adat ngayap serta cawat hingga ada orang beranggapan orang Sarawak tinggal di atas pokok, pergi sekolah naik sampan dan bermacam-macam kemunduran lain. Ada! Malah masa di matrikulasi pun ada rakan yang bertanya samada saya naik sampan ke sekolah sedangkan saya berulangkali memaklumkan kepada mereka saya bersekolah di MRSM Kuching, sekolah rendah di SRK Buntal, kira-kira 30 minit dari bandaraya Kuching. Memang ada yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran hidup tetapi itu di kawasan pedalaman... dan saya pasti perkara yang sama turut dialami oleh masyarakat pedalaman di Semenanjung Malaysia.

Oh ya! Terkeluar topik pulak.

Saya ingin membawa peradaban bangsa Melayu Sarawak ke persada nasional kerana keunikan budaya berbanding Melayu di Semenanjung. Namun begitu, apa yang lebih penting ialah tentang sejarah Sarawak itu sendiri.

Tak ramai yang tahu bahawa pada masa dahulu kawasan pemerintahan Sarawak bermula dari Santubong hinggalah ke Samarahan. Di sepanjang sungai itulah orang Melayu membuat penempatan dan membentuk kebudayaan sendiri.

Setakat ini saya dapat tahu bahawa kerajaan yang mentadbir ketika itu bernaung dibawah kerajaan kesultanan Brunei. Saya masih belum pasti bagaimana perkaitannya membawa kepada kesultanan brunei, bagaimana pula dengan kerajaan Sambas di Indonesia.

Saya masih belum memahami bagaimana pada satu ketika dahulu Santubong pernah menjadi pusat pemerintahan Sarawak kemudian ia berpindah ke Kuching yang terletak lebih ke hulu. Apa sebenarnya yang menyebabkan penghijrahan manusia ke sana? Apakah peranan pedagang Cina dalam perkembangan bandar Kuching dan pengaruh masyarakat India Muslim dalam penyebaran agama Islam?

Saya masih tak tahu pula bagaimana bentuk karya yang akan ditulis nanti. Novel, esei, atau sebuah buku ilmiah. Barangkali saya perlu belajar selok belok menulis novel sejarah dengan pak Abdul Latif Talib. :D

Cerpen pun susah nak buat inikan pula novel.



Disumbangkan pada 3:40:05 PM • Lihat komen (0) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 2/3/2010 10:56:28 AM • Bilangan pelawat 8590