esasterawan.net

 

amohdfahmi

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Aidil Farmi bin Mohamad

Email
aidil_farmi@yahoo.com

Laman web lain
http://amohdfahmi.blogspot.com/

Laman web kegemaran

maklumat sisi • 9

Kuching
oleh Mohd. Fahmi


Walau jauh mengembara,
aku terus tetap
dibuai angin laut Tanjung Sepang
bernaungkan Gunung Santubong
berembun rumput di hutan simpor.


Di pinggir kali,
ingatanku kembali melayari
Sungai Sarawak dan perahu tambang
cerita dua dunia
seberang pangkalan usang
ceria Waterfront bercahaya.


Dan laungan jaringan
mengingatkan aku lagenda kucing hitam
di tepi padang bila
tatkala anak-anak Mahyan
mengatur gerak bisa.


Sekawan merpati berterbangan
bagaikan mengajak aku
singgah di Masjid India
di celah-celah lorong sempit
ke India Street.


Kota penuh nostalgia
tanahnya merah basah tumpah
darah seorang perantau
pencari cita-jaya-bahagia.



Kuala Lumpur
16 Ogos 2008


Maklumat sisi ini ditambah pada 12/17/2008 1:41:29 PM

“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” .


Surah
az-Zumar, ayat 9


  



Maklumat sisi ini ditambah pada 5/8/2008 11:57:02 AM


Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


size=1>“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna.


Surah
az-Zumar, ayat 9